Selasa, 27 Juli 2010

Formula Sastra Lisan Latu

Sastera lisan dituturkan dengan cara-cara tertentu oleh seorang pencerita dengan memanfaatkan gerak anggota tubuh, mimik, dan konstruksi kata atau bahasa agar pertunjukan sastera lisan betul-betul menarik perhatian pendengar (Dedy 2004). Menurut Sweeney (1974, 1980) pertuturan sastera lisan dibahagi kepada dua bentuk iaitu bentuk bahasa yang stylized dan nonstylized. Menurut Sweeney stylized digunakan penutur sastera lisan yang profesional, ertinya pemilihan kata, cara menyampaikan cerita lebih menarik dengan memanfaatkan gerak-gerik anggota tubuh dan biasanya ditambah dengan alat muzik tertentu sehingga menambah ketertarikan penikmat cerita ketika persembahan berlangsung. Sedangkan nonstylized disampaikan secara bersahaja dan dapat diciptakan semasa pengumpulan data lapangan dilakukan. Persamaan kedua-duanya iaitu menggunakan prinsip dasar yang sama dalam komposisi. Sedangkan perbezaannya, tampak dalam bentuk idiom, terutamanya pada peringkat pemilihan kata khusus. Pencerita profesional yang styilized lebih menunjukan yang melebih-lebihkan bentuk bahasa sehari-hari atau dapat disebut 'manipulasi' bahasa sehari-hari menjadi bahasa sastera yang stylized (Sweeney 1987).

membahas hubungan bahasa dan sastera lisan pada masyarakat Latu, empat sastera lisan yang dipilih dibahaskan aspek leksikal, formulaik, ideofonik dan gaya bahasa. Di samping itu dihuraikan juga mengenai konteks sosial bahasa dan sastera lisan dalam masyarakat Latu.

Bahasa merupakan hasil kebudayaan dan dapat menggambarkan hasil kebudayaan masyarakat tuturnya. Kekayaan dan khazanah kebudayaan akan tercermin didalam leksikonnya. Oleh sebab itu, leksikon suatu bahasa dapat mencerminkan masyarakatnya. Kajian suatu bahasa dan maknanya akan memungkinkan diketahuinya cara pandang terhadap kenyataan yang ada di kalangan pendukung atau pemakai suatu bahasa. Bahasa juga merupakan produk perkembangan sebuah budaya yang memiliki kekuatan dan keunikan yang diwujudkan di dalam leksikon (Foley 1997).

Sebagai upaya untuk membahas hubungan bahasa dan sastera lisan yang masih boleh didapatkan pada masyarakat Latu, bab ini khusus menghuraikan sastera lisan sebagai fungsi bagi masyarakat Latu. Selain itu dihuraikan juga mengenai bahasa dan sastera lisan dalam konteks sosial dalam masyrakat Latu. Cerita yang dijadikan sebagai bahan analisis dalam bab ini terdiri dari empat cerita. Keempat-empat cerita yang dideskripsikan ini berbeza-beza penutur dan latar belakang dan temanya, namun di sinilah letak daya tariknya sehingga menjadi tuah bagi pengkaji sastera lisan.

Bahagian ini membahaskan aspek leksikon dari segi penggunaannya dalam kata, ideopon dan leksikal yang berkaitan dengan (1) pemikiran tentang Tuhan (2) pemikiran tentang makhluk ghaib (3) pemikiran tentang alam dan konteks sosial

Formula Pembukaan Cerita

Cerita hatu manao memperlihatkan leksikal dan konstruksi kata sehari-hari orang Latu yang dimanfaatkan sebagai medium untuk pertuturan cerita lisan. Dalam pertuturan ceritanya, iaitu Abdulah Musa membuka ceritanya terus sahaja memasukkan pada plot cerita dengan tidak berusaha memperkenalkan cerita apa yang akan hendak dituturkan, penutur langsung sahaja mengawali persembahan cerita dengan kata-kata berikut: jadi hetu nikisa mawei' jadi cerita kisahnya begini'. Kemudian penutur langsung memulakan cerita yang dipersembahkannya. Dengan tidak banyak menggunakan bahasa langsung masuk dalam permulaan sebuah cerita. Misalnya, seperti kutipan cerita hatu manao yang dikisahkan oleh Abdulah Musa di bawah ini.

[jadi mawei hatu manao yang setuhal eming
''jadi begini batu lelaki yang di tuhal itu

Nikatagorang eng amano ewe , jadi hatu manao ende karamat ale
tempat berhantu buat kampung ini, jadi batu lelaki itu keramat kamu


hatu manao eming yang sepepei eneo ende kapitang ririno
batu lelaki itu yang mereka kawal dia itu Panglima Riring

jadi hatu manao eming ririno
jadi batu lelaki itu Riring''

Perkembangan alur cerita hatu manaoyang dituturkan oleh Abdulah Musa ini menegaskan persamaan dalam pola penyampaian cerita. Pola penyampaian cerita ini tampak dalam ayat pembuka awal cerita yang telah dijelaskan di atas dan pemilihan kata atau unsur leksikal dalam menjelaskan perilaku tokoh dan latar cerita hatu manao Pada cerita mangsia ruproyang dituturkan oleh Fatima Riring merupakan salah seorang penutur sastera lisan Latu, pada cerita ini penutur langsung memperkenalkan cerita yang hendak dituturkan dengan mengawali persembahannya dengan kata-kata berikut: nahatu kapi rupro sang, 'saya cerita tentang tempayan satu', penutur kemudian sahaja masuk pada alur atau plot cerita misalnya pada kutipan di bawah ini.

rupro ende bias amana, rupro ende nitampa hemhale
''tempayan itu boleh bercakap, tempayan itu bertempat di sana

Tuhal kalu eng kutou ku usu ria wesio hemhale
Tuhal kalau buat kita lihat kita masuk ke darat hutan di sana

Lengkeong emine ria nitampa heria tomolo padasan
pusingan itu ke darat bertempat di darat buluh padasan

nunuo jeiro mende oras henemine rupro ]

Beringin besar di sana masa itu tempayan,

Perkembangan plot cerita ini juga mengesankan perbezaan dalam pola penyampaian cerita. Pola penyampaian cerita ini tampak dalam ayat pembuka seperti juga pada cerita hatu manao. Dengan begitu kedua-dua cerita tersebut agak kompleks, cerita yang dituturkan oleh Gazali Patty seorang tokoh muda penutur sastera lisan Latu ini langsung membuka cerita dengan mengenalkan tokoh yang mempunyai peranan dalam cerita muna: jadi muna tua jin nahetu eneo mawei 'jadi Muna dengan Jin saya ceritakan begini', penutur sastera lisan ini tampaknya mengawali cerita dengan mengandalkan imajinasi serta pola fikiran berdasarkan prespektif penutur sendiri, cerita munaini pun penutur mengubahsuaikan plot ceritanya, perkembangan jalannya plot cerita dengan mengawali cerita misalnya pada kutipan ayat di bawah ini.

ire oras emine nalo hitu, oras emine
'dia masa itu berumur tuju tahun, pada masa itu

Nipapa itou enesi tai, tapi io io nya si imaningal i
bapaknya tidak melihat mereka lagi, tetapi jalan-jalan ibu meraka wafat

mawei sipapa ikawe luta iperhatikang enesi tai
begini bapak mereka berkahwin lagi, bapak mereka tidak memperhatikan mereka

Pada cerita kole lau yang dituturkan oleh Saad ini juga seperti pada cerita lain penutur langsung membuka cerita dengan memperkenalkan salah satu latar cerita yang berkembang pada plot cerita muntanpa mengenali dulu apa cerita yang hendak dituturkan, langsung sahaja penutur membuka cerita dengan ayat berikut: oras mine heroto haya 'masa itu di atas kampung Haya', penutur sahaja langsung masuk pada plot cerita misalnya:

oras nehemine kerelo matany sang tau jadi makau 
masa itu wang satu pun tak ada, jadi pemuda

heting amino pisiesi sihoka pia jadi makau
di sini kampung semuanya mereka keluar, jadi pemuda

pisiesi sihoka jadi au wating oi ria rau ria rau tau
semua mereka keluar, jadi saya ini jalan ke laut darat tidak 

nia tua, taur nasaa nuolo niake nasaa nuolo
juga saya terus naik pokok kelapa, saya naik kelapa

Perkembangan alur cerita keempat-empat cerita di atas menegaskan perbezaan dalam pola penyampaian cerita. Pola perkembangan cerita ini tampak dalam ayat pembuka awal cerita yang telah dijelaskan di atas, walaupun demikian cerita yang dituturkan oleh keempat-empat penutur sangat berbeza topik dan latar ceritanya. Namun, demikian cerita-cerita ini mempunyai daya tarik tersendiri.

Perbezaan dalam pemilihan leksikal oleh keempat-empat penutur ini tampak dalam bahagian akhir. Cerita hatu manao di mana masa peperangan berakhir, Panglima Riring pergi meninggalkan kampung Latu dan pergi ke suatu tempat yang agak jauh dari kampung. Di tempat tersebut terdapat batu laki-laki [hatu manao] dan tempat tersebut menjadi tempat bersemedi dan solat bagi Panglima Riring.

duo kapitang ririno tua kapitang tuha
''dua gelar Panglim Riring dan Panglima Tuha

Hatu manao eting kapitang tuha ihaka nilahitu 
batu lelaki ini Panglima Tuha buka dia baju


keleny pata oras sang nikakuatang eming hahia ririno
takutnya nanti masa satu kekuatanya itu rusak sendiri


eming kalu kuoi tuo eneo huairo eming]
ini kalau kita pergi lihat kerana tempat itu''

Pemilihan leksikal ''hahia ririo '' mengandungi maksud rosak sendiri satu masa nanti dengan kekuatan itu. Walaupun kata ini mengandung makna yang panjang, namun penggunaan leksikal ini merupakan pilihan yang menarik sebab dapat dimaklumikan bahawa pengetahuan individu penutur mengenai bahasa dan perbendaharaan kata yang dimiliki oleh penutur ini mungkin ingin membuat cerita yang disampaikannya lebih menarik dengan menggunakan pemilihan kata yang mudah difahami penikmat cerita tersebut. Pemilihan leksikal dapat tergambar pada plot cerita di atas yang mana terdapat kata ''kabasarang'' yang bermaksud kekuatan yang besar, secara sadar bahawa penutur ingin menunjukkan keberkesanan pencerita yang dipersembahkan itu berdasarkan spontaniti yang meluncur daripada imaginasi penutur tersebut untuk memilih kosa kata yang sekiranya lebih berkesan berdasarkan fikiran dan cita rasa penutur pada masa itu.

Perkembangan plot cerita hatu manao dan cerita mangsia rupro sering muncul perkatan [eming ] sementara juga sering muncul kata [emine] yang kedua-dua berarti 'itu', untuk menegaskan rujukan terhadap benda atau sesuatu yang telah menjadi topik pembicaraan, seperti contoh kata petikan ayat [hatu manao eming kapitang ririno ituo eneo] ayat ini bererti ' batu lelaki itu Panglima Riring tempat dia duduk'. berbanding dengan [jadi rupro emine pipino] 'ayat ini bermakna ' jadi tempayan itu perempuan'. Pilihan leksikal dan perbezaan penggunaannya oleh keempat-empat penutur ini berterusan hingga akhir cerita untuk melihat persembahan keseluruhan cerita lisan sila lihat juga lampiran A.

Urutan peristiwa yang dilakukan pelakon dalam cerita hatu manaocerita mangsia rupro, cerita muna, dan cerita kole lauyang dituturkan oleh keempat-empat tokoh penutur sastera lisan ini langsung dilafazkan pada alur ceritanya, dengan tidak banyak berbasa-basi. Dalam setiap penyampaian atau persembahan cerita selalu dimulakan dengan kata-kata [hetu macam eneo mawei] 'cerita itu seperti begini' atau [jadi nikisa eming yake mawei] 'jadi kisahnya itu kira-kira seperti ini'. Rentetan peristiwa yang dialami para watak dihuraikan berurutan, ertinya peristiwa pertama selesai barulah menceritakan peristiwa atau alur cerita yang selanjutnya.

Pola persembahan pembukaan cerita oleh keempat-empat penutur ini tidak memperlihatkan komposisi formula yang istimewa (stylized). Komposisi pembuka cerita ada yang mengunakan ayat pembuka cerita dan ada juga yang cenderung untuk langsung masuk pada jalan cerita. Ini bermaksud bahawa ayat pembuka cerita ini tidak memperlihatkan konstruksi ayat yang memperkenalkan terlebih dahulu mengenai cerita yang akan disampaikan. Namun, konstruksi ayat ini menyatakan langsung cerita yang hendak disampaikan dengan pola awalnya mengenai peristiwa awal daripada perilaku tokoh yang hendak diceritakan.

Pola persembahan pembukaan ceritahatu mano, ceritamangsia rupro, dan cerita penutur memulakan cerita dengan menyebut pelaku atau watak dalam cerita tersebut. Sedangkan dalam cerita kole lau yang disampaikan oleh Saad Patty dimulakan dengan aluan pendahuluan seperti ayat ini: nahetu oras kuoi heroto tamdou 'saya cerita waktu kita ke Tamilou'. Sementara Abdulah Musa memperlihatkan ciri khas tersendiri ketika memulakan mahupun merangkai cerita sehingga menjadi kesatuan persembahan cerita yang utuh. Misalnya boleh dilihat dalam petikan formula pembuka cerita pada ayat berikut: dalam cerita hatu manao [jadi neheming pia]'jadi setelah itu'. Dalam cerita mangsia rupro juga tidak berbeza menggunakan ayat pembuka [jadi yake mawei]'jadi kira-kira bagini'. Sementara dalam formula penutupan cerita Abdulah Musa menggunakan kata-kata sebagai berikut [jadi maming hatu manao eming] 'jadi begitu batu lelaki itu'. Pada cerita mangsia rupropenutur menggunakan formula penutup cerita dengan kata-kata sebagai berikut [maming niake hetu kapi rupro] ' begitulah cerita tentang tempayan', formula penutupan cerita muna hampir memiliki ayat yang sama dengan penutupan dari kedua cerita yang telah dijelskan di atas, cerita munayang dituturkan oleh Gazali Patty ini mempunyai formula penutup dengan ayat berikut. [tua hetu hetulo epia niake] 'terus cerit-cerita habis sahaja. Formula-formula tersebut di atas sering kali dipakai dalam setiap akhir kata dari sebuah kalimat, terutama dalam hal penggantian alur cerita.

Sementara penutur cerita kole laumenggunakan formula ayat penutup sebagai akhir dari cerita dengan munggunakan kata-kata pada kutipan berikut [eming tua mawei nahari roto amino] 'itu sahaja terus balik ke kampung'. Pada kutipan ayat penutup di atas penutur tidak menggunakan formula penutup cerita yang istimewa dalam penutupan ceritanya. Namun dapat difahamkan dengan kata-kata 'itu sahaja', ertinya penutur telah menutupi rentetan peristiwa yang berlaku dalam cerita kole lau

Penutupan cerita dari keempat-empat penutur sangatlah sederhana, sebagaimana yang telah disebutkan di atas. Penutupan cerita yang agak datar dan tanpa bunyi irama atau intonasi yang tidak formulaik ini sebagai tanda bahawa penutur telah selesai menceritakan cerita itu. Penutup cerita yang digunakan Fatima Riring lebih formulaik dan juga umum; tidak ada perincian atau kesimpulan khusus ceritanya. Sedangkan dua tiga orang lain menutup cerita dengan kesimpulan yang khusus untuk cerita yang disampaikannya.

Persembahan penutur tradisional ini purata memperlihatkan juga pertuturan yang memendekkan sebuah perkataan. Pemendekkan perkataan dalam pertuturan lisan, ini kiranya dilakukan kerana nilai rasa penyebutan yang lebih ringkas yang dapat menimbulkan efek estetik dalam konteks penceritaan ketika persembahan sedang berlangsung. Hal ini merupakan fenomena yang lazim dalam pertuturan lisan yang dituturkan oleh para penutur cerita yang disampaikan dalam bahasa atau dialek tempatan. Perkataan-perkataan yang mengalami pemendekkan dalam pertuturan sastera lisan ini ialah pada kata. [atairo] biasanya dipendekkan dengan sebutan [atai] yang bererti 'panjang' perkataan [touny] dipendekkan menjadi [tau] yang bermakna 'melihatnya' pemendekkan yang muncul pada cerita hatu manojuga dapa terlihat pada kata [asuro] biasanya dipendekkan menjadi [asu] ertinya 'anjing' dan perkataan [jairo] yang dipendekkan menjadi [jai] yang membawa maksud 'besar'.

(Rujuk Cirita sila Hub Jamil)

1 komentar:

rev olu si patty mengatakan...

kren mantapbs bang,,,,
ale bikin sejarah latu do....